Tuesday, April 14, 2009

Siapa Aku Sebenarnya Padamu

Cuba kau dengar
Cuba kau cuba
Diam bila ku cuba
Untuk berbicara dengan kamu
Pernahkah kau ada
Bila ku perlu Untuk meluahkan
Rasa hati
Dan bila kau bersuara
setia ku mendengar
Agar tenang kau merasa
Siapa sebenarnya aku padamu
Mungkin sama dengan teman lain
Yang bisa kau buat begitu
Dan bila tiada lagi teman bermain
kau pulang mendapatkan aku
Itulah aku padamu
Cuba kau lihat
Cuba kau cuba
Renung ke mata aku
Bilaku kaku melihatmu
Pernahkah kau ada
Bila ku perlu
Tuk menyatakan rasa sakit dalam diri
Dan bila kau perlu
Setia ku menunggu
agar senang kau merasa
Maafkan kerana ku tak pernah
Terlintas tuk menulis padamu
Salahkan ku
Tak mungkin lagi aku meminta
Untuk kau mendengar
Untuk kau melihat ke mataku

Teguh

Segalanya sudah bermula
ku hanyut dalam arus dunia
hanya kerna pengertian
engkau menanti
terlupa janji-janji indah
bila hidup semakin berubah
mengejar kekayaan
kau ku tinggalkan
maaf sayang oh sayang
kelam hatiku ini
bila bersama kita sengsara
tanpa harta
oh sayang oh sayang
tergoda jiwaku ini
pada tipu pedaya yang menanti
hinggakan luntur
wajah kasihmu diwajahku menduakanmu
kau tersiksa
menahan perit dalam setia
engkau menghitung segala hari
tanpa benci dan sakit hati
bertapa teguh bergetar bibir memanggilku
kekayaan akan hilang
biar bertahun dikumpulkan
perjalanan ini amat jauh
untuk mencari cinta
kekesalan yang ku rasa
memaksa aku kembali
memohon belas darimu
andai ada kasihmu
engkau hukumlah aku menanti
dengan relanya ku tanggung semua
berikan aku
rahsia keteguhan cintamu..

Biar Berjauhan

Biar menjauh dari menghampiri
Agar tak berulang kelukaan hati
Biar la putus tak bersambung lagi
Andai diingati sedih pun kembali
Tak perlu berkirim salam
Tak perlu bertanya khabar
Tak perlu mengambil hati memujuk hati ini
Dan bila ku berhadapan teringat kenangan silam
Yang menghiris perasaan lama terpendam
Rasanya sudah terlewat
Untuk ku terima tiap kekesalan
Walau berbagai caramu tapi ternyata lah sia-sia saja
Biar lah aku dengan caraku
Selama ini tidak kau peduli
Sedari dulu tidak sedikit pun
Aku terima kasih dan sayangmu
Biar menjauh dari menghampiri
Agar tak berulang kelukaan hati
Biar la putus tak bersambung lagi
Andai diingati sedih pun kembali

Hilang Dalam Terang


Fajar menyinsing
Bulan masih mengambang
Dan kita pun berhenti
Di pinggir jalan
Di sinilah keluhannya
Membuka mataku
Dan layu sekuntum mawar yang hendak
Ku beri padamu
Mengapa kau membuat ku serba salah
Melayani perasaan menolak kebenaran
Setelah aku dilanda gelora
Mabuk Asmara
Sedangkan engkau tahu kelemahanku
mudah jatuh cinta
Mengapa begini kau akhiri
Dengan menyingkap tabir rahsia
Percintaan kamu berdua
Terjaga mentari
Melenyapkan bulan
Dan mimpi meluncur
Kesunyian sepanjang jalan
Ku hilang dalam terang

Andai Ku Miliki Semalam


Andai ku miliki semalam
Dan bisa aku ubah menjadi esok
Takkan ku ubah apa pun
Kerna Aku tahu
Engkau tetap indah
Tanpa sempadan masa
Aku bahagia seandainya..
Tangis ini tanda kasihku
Bukan mengeluh luka yang semalam
Kerna engkau mengerti hidupku
Tiada sendu lagi di dunia ku ini..
Aku tak dapat bayangkan
Sengsara yang harus ku tanggung jika kau pilih perpisahan
Tanpa punca yang meyakinkan
Aku akan tersasar mencari cintamu..
Andai terhentinya masa
Dan gunung jatuh ke laut
Kau tetap ku cinta
kasih sayangku adalah kekuatan
Untuk menempuh segala
Dugan yang tak terbayangkan
Oleh insan yang lemah seperti kita
Sekali pun ku miliki esok
Tak kan ku menolak ketentuan..

Kenapa Lelaki Tak Setia Pada Yang SATU..


Persoalan ini yang selalu bermain di fikiran setiap wanita..
Agaknya memang sudah lumrah kehidupan macam tu.
tp aku tak kata semua lelaki macam tu..
perempuan pun tak semuanya baik..
ada kalanya ianya terjadi pada lelaki jugak
tapi untuk mencari seorang lelaki yang betul2 menyayangi kita dan menyintai kita seikhlas hati memang susah.
1 dalam 1000 pun belum tentu akan jumpa..
kenapa lelaki biasanya susah sangat nak mengaku dah ada awek atau isteri.
kenapa yer?
apa motif diaorang sebenarnya nak sorok kan status?
bagi pepempuan yang tak tau apa2 memang mudah dipermain dan diperdayakan oleh lelaki seperti ini..
lelaki memang tak cukup dan setia pada yang satu..
aku bercakap mengikut pengalaman.
dan lelaki selalu ambil kesempatan
perempuan plak bila kena puji sikit mula la cair ikut je apa laki tu cakap
lelaki pandai menggoda dan perempuan pantang di digoda..
semuanya permainan duniawi belaka..
ingat la wahai lelaki langit tak selalu cerah, dunia tk selalu indah...
apa yang anda lakukan pada orang tak mustahil akan terjadi kepada anda semula..
sape makan cili dia terasa pedasnya
jadi, renung2kan...
lu pikir la sendiri..
askum...