Tuesday, March 31, 2009
Sudah TakdirNYA Begitu
Hidup ibarat didalam sangkar
Mata terlepas batin ku terseksa
Rindu membara yang kian membakar
Dipinggir hati yang sengsara
Andainya dapat aku hiaskan
Cintamu itu di taman hatiku
Kepada tuhan ku terus berdoa
Agar kembali ketenangan
Walaupun kusedari hebatnya dugaan
Namun hatiku menaruh harapan
Seringkali ku terasa inginnya ku ulangi
Saja saat indah bersama dirimu
Kasih yang bersarang dihati
Wangi bagai harum kasturi
Seandainya takdir mengizinkan relanya
Aku menyambung smula ikatan yang telah putus dulu
Bukan niat kita untuk berpisah
Tetapi keadaan yang memaksa
Lalu kita pun masih terus saling merindu
Kerana sudah takdirnya begitu.....
Dalam Kenangan
Sukar untuk aku ungkapkan bertapa bermaknanye dia dalam hidup aku..
Tak mungkin aku akan jumpa orang lain yang sama macam dia..
Dia satu2nya orang yang memahami aku dan sayangkan aku..
Bagi aku, aku tak kan jumpa orang lain kerana aku dah serahkan jiwa raga aku hanya untuk dia..
Bertapa banyaknya halangan dan dugaan yang terpaksa kami tempuh..
Aku tahu yang aku tak mungkin dapat hidup bersama dia sampai bila2 pun..
Tapi aku teruskan jugak hubungan kami kerana aku ingin tahu apa kesudahan perjalanan cerita yang aku cipta bersama dia..
Langit tak selalu cerah, dunia tak selalu indah..
Hanya DIA maha mengetahui apa yang terbaik untuk umatnya..
Kami terpaksa berpisah andai itu takdirNYA..
Walaupun aku hanya dapat nikmati detik2 manis hanya sementara bersama dia itu cukup bermakna bagi aku..
Dia mungkin lupakan aku tapi aku tak kan lupa kenangan aku bersama dia...
Monday, March 30, 2009
PERJALANAN HIDUP
Aku yg masih diperjalanan hidup ini…..
Begitu lama berlegar di persimpangan dunia….
Menempuh jarak dan titian….
Rimba dan lautan, mencari sesuatu yang abadi…
Aku yg masih diperhentian hidup ini…
Begitu jauh mengembara ke serata dunia…
Mengejar siang dan malam …
Surut dan pasang...
Mencari suatu kebebasan, mencari suatu kedamaian…
Diamana berakhirnya perjalananku ini….
Esok dan lusa bukan milikku oh tuhanku……
Lindungilah hambamu yang hina ini…..
Aku setia hanya padamu oh tuhanku...
Subscribe to:
Posts (Atom)